YoungNovalis

Anyeonghaseyo!
Hey! Good days to you!


Welcome To MyBlog! I will share my own story here. Plese give your feed back. Thankyou

Status : Leave a comment. Follow me back. ILoveYou.



Step Here
Footprints here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Q-iela

♥Kisah Aku dan Dia♥
Kisah Pertama

8/November/2011. Merupakan sebuah tarikh dimana aku baru sahaja mula bercakap dengan dia. Tarikh ini juga membuatkan kami berdua semakin rapat dari hari ke hari.

Ianya berlaku sewaktu pendaftaran untuk memasuki semester seterusnya. Kami berdua sebaya tetapi aku berada di semester kedua dan dia pula berada di semester pertama sebabnya dia masuk sedikit lewat daripada aku. Dalam erti kata lain aku ini senior dia dan dia pula junior aku tapi kami tetap bersahaja disebabkan umur kami sebaya.

Aku rapat dengan seorang gadis kecil molek yang bernama Nurul Athirah. Kemana sahaja pergi, kami mesti akan berdua, tidak boleh renggang sedikit pun. Punca kami rapat adalah sebab tarikh hari jadi kami, tarikh hari lahir aku jatuh pada 28/ September dan dia pula 29/ September. Jadi kami gelarkan diri kami berdua ni Twin yang tak seiras.

Kisah aku dan dia bermula disini, dimana aku yang memulakan dahulu menegurnya. Sewaktu ini aku dengan Eyra ingin pergi ke kedai untuk membelikan aiskrim untuk pensyarah pensyarah kami, sewaktu ingin pergi itulah aku berselisih dengan dia bersama dengan Tengku Puteri, kawan rapatnya.

"Nak tengok!", berlari aku kearahnya. Aku dapat merasakan mereka berdua terkejut dengan tindakan aku itu. Mana tidaknya, sebelum ini kami tidak pernah bertegur walau sekali pun, ini tiba-tiba aku menerpa ke arahnya tanpa segan silu. "Eh? Mana pointer? Tak ada?", tanyaku. Muka aku dah berkerut seribu. Tanda soal sedang bermain-main di dalam kepala ku. Aku memandang dia, sangat handsome. Boleh cair kalau tengok lama-lama. No wonder lah kalau dia punya banyak bekas kekasih. 

"Oh, patutlah. Oit Qai, diaorangkan short sem, memanglah tak ada pointernya", Eyra yang menjawab soalan ku itu. Aku mengangguk dan memandang dia, dia hanya tersenyum sahaja.

"Oh, macam tu ke. Okey okey. Eh! Jomlah. Lama kang miss tunggu kita.", kataku, teringat ada pesanan daripada pensyarah.

"Korang nak pergi mana?", tanya Tengku.

"Bawah kejap.", balasku pendek sahaja. Nak cepat. Nanti pensyarah tunggu lama. Sebelum aku melangkah kaki ke kedai, sempat aku memandangnya. Mata kami bertembung. Aku hanya melemparkan senyuman padanya begitu juga dengan dia.

20 minit kemudian, aku dan Eyra menuju semula ke kolej selepas membelikan pensyarah-pensyarah aiskrim. Aku tercari-cari juga kelibat dia tapi tak kelihatan, sedikit hampa tapi aku tak berharap apa-apa. Aku cuma mahu melihat wajahnya sahaja.

**********************************************************************

Jam sudah menunjukkan pukul 4 lebih petang, aku dan Eyra menuju ke Medan Selera untuk mengisi perut yang sudah minta diisi. Kami berdua memilih untuk membeli Nasi Kukuh sebagai juadah untuk makanan kami. Kami menuju ke arah meja makan yang biasa kami duduk dalam erti kata lain tempat lepak bagi aliran grafik berkumpulan bersama dengan pensyarah-pensyarah kami. Disinilah aku dapat merasakan sebuah keluarga selepas keluarga sebenar aku dan disini jugalah aku menjadi diri aku yang sebenar.

Sedang asyik menjamu selera, tiba-tiba aku ternampak kelibat dia bersama dengan Tengku. Anak mata aku hanya tertumpu pada dia seorang sahaja. Setiap kali aku ternampak dia hati aku akan berbisik 'Handsomenya dia'. Sebenarnya sebelum tibanya tarikh 8/November  ini, aku selalu curi-curi pandang dia tapi aku memang tak ada apa apa perasaan dekat dia waktu ini cuma untuk bersahaja.

"Hai korang! Berdua je?", sapa Tengku.

"Ha'ah berdua je. Eh! duduk lah", ujarku kembali. Dia duduk disebelah Tengku. Tengku pula duduk disebelah aku.

"Makan.", kata Eyra pada mereka.

"Kitaorang dah makan tadi. Baru je ni.", kata Tengku.

Selera makan aku hilang bila muncul dia. Nasi yang aku belinya tadi tidak aku habiskan. Terasa malu pula bila dia melihat aku makan. Segan. Tadi punya tak segan tiba tiba sahaja segan tak tentu pasal.

"Eh! Kenapa tak habiskan?", tanya dia.

"Kenyanglah. Banyak sangat. Pedas pula tu.", kataku kembali. Berdalih.

Kami berborak borak kosong. Tiba tiba mataku terpandang telefon bimbit Tengku. Sama dengan telefon bimbit ku. Nokia C3. Aku pelik, kenapa telefon bimbit ku tidak boleh connection Wifi tapi kenapa Tengku punya boleh. Banyak tanda soal di kepala ku sekarang.

"Macama mana Tengku on Wifi dekat handphone? Qai punya tak boleh pun.". setelah penat berfikir akhirnya aku bertanya.

"Bolehlah Qai, tapi ada banyak step nak kena buat. Tengku guna internet Maxis. Meh sini Tengku buatkan.", kata Tengku. Aku menyerahkan telefon bimbitku pada Tengku.

Sedang Tengku mengajar aku, tiba tiba telefon bimbit ku berbunyi menandakan ada panggilan daripada seseorang, tertera nama mama pada skrin telefon. Tidak sampai beberapa saat bercakap dengan mama, talian telah dimatikan.

"Tengku, Qai balik dulu. Nanti ajar balik tau.", kataku pada Tengku. Tengku hanya mengangguk dan tersenyum.

"Eh! Nak balik dah? Awalnya.", tanya dia. Cara dia bercakap sedikit hampa apabila mengetahui yang aku ingin balik.

"Mama dah sampai. Kenalah balik.", balasku sambil bersalam dengan Tengku.

"Oh. Mama ambil ke? Eyra pun sama?", tanya dia kembali.

"Eh! Tak. Qai mama dia ambil. Eyra naik LRT.", balas Eyra.

"Oh. Okay. Hati hati. Bye.", katanya kembali.

Sebelum aku melangkah balik, aku memandang dia. Untuk kesekelian kalinya mata kami bertembung lagi. Aku melemparkan senyuman begitu juga dengan dia.

Bersambung

Enjoy reading.
Thankyou.Assalamualaikum

♥First Posting♥
Assalamualaikum

Hai. Haloya. Bueno. Moshi moshi. Anyeonghaseyo.
Amik haaa semua bahasa ada. Eh tipu je. Haha. 
Sebenarnya ni entry pertama untuk blog ni.

Sebenarnya Qila dah ada blog dah tapi blog ni khas untuk novel buatan Qila sendiri. Blog lagi satu tu personal blog Qila. Korang boleh tengok dekat chinguya then nanti nampak personal blog Qila. 
Sila lah tengok dan jangan lupa follow dan jangan lupa comment. Heee :)

Untuk blog ni, Qila akan update pasal cerita novel Qila.
Qila tak sure bile masa akan update sebab update ni kena ikut mood so kalau rasa nak update Qila akan update. Kalau takde, takde rezekilah tu. Heee :)

So Qila harap korang enjoy baca cerita buatan Qila ni and korang tinggalkan komen and korang follow Qila. Qila akan follow korang balik. Hmm dah takde apa apa kot nak cakap lagi.

Enjoy and thank you
Assalamualaikum.